Pantai Teluk Mak Nik – Karnival
kesihatan sempena Majlis Perasmian Pusat Hemodialisis NKF pada 24 Mei 2012,
Khamis yang disempurnakan oleh Yang Amat
Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu yang diadakan
telah mendapat sambutan yang menggalakkan iaitu lebih daripada 5000 orang
penduduk di sekitar Kemaman yang hadir. Program tersebut dianjurkan oleh
Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu
dan Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT).
Yang Amat Berhormat MB dalam
ucapannya telah melahirkan perasaan amat gembira di atas kerjasama
agensi-agensi, mahupun penduduk kampong sekitar yang terlibat dalam menjayakan
program tersebut. Beliau amat bersyukur walaupun banyak halangan dan masalah
yang dihadapi, namun dapat juga program ini mencapai objektif nya. Perasmian
Pusat Hemodialisis ini secara tidak langsung dapat membantu sekaligus
meringankan beban rakyat setempat bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang
berkaitan dengannya. Masalah kekurangan tempat rawatan untuk Hemodialisis di
Hospital Kemaman dapat diatasi dengan tertubuhnya Pusat Hemodialisis di Teluk
Mak Nik.
Pada karnival ini juga banyak
pengisian acara yang dibuat antaranya Pemeriksaan Kesihatan, Pameran Kesihatan,
Soalan Kuiz Kesihatan, Acara berbasikal, Pelepasan Remaja Bermotor oleh Yang
Amat Berhormat MB, Pertandingan Bola Tampar Pantai, dan Pertandingan futsal.