Saturday, October 6, 2012

Karnival Jelajah Sihat

8 September 2012 - Program Jelajah Sihat peringkat Daerah Kemaman telah berlangsung selama 2 hari seramai 10000 pengujung telah bersama memeriahkan program tersebut, turut menjayakan mini konsert pada malam kumpulan rocak baru  "Leftwings", Eka AF , Adda butterfly dan Dato Hattan.










Selamat Hari Raya


13 September 2012 - Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman telah mengadakan Jamuan semperna Hari Raya Aidilfitri seramai 500 org tetamu, pelbagai makanan dihidangkan iaitu manu utama Ikan bakar dan nasi minyak bersama air oren...








Perhimpunan Pagi








Monday, June 11, 2012

MAJLIS PERASMIAN PUSAT HEMODIALISIS NKF – YAYASAN BUAH PINGGANG KEMAMAN


























Pantai Teluk Mak Nik – Karnival kesihatan sempena Majlis Perasmian Pusat Hemodialisis NKF pada 24 Mei 2012, Khamis yang disempurnakan oleh  Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu yang diadakan telah mendapat sambutan yang menggalakkan iaitu lebih daripada 5000 orang penduduk di sekitar Kemaman yang hadir. Program tersebut dianjurkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu dan Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT).
Yang Amat Berhormat MB dalam ucapannya telah melahirkan perasaan amat gembira di atas kerjasama agensi-agensi, mahupun penduduk kampong sekitar yang terlibat dalam menjayakan program tersebut. Beliau amat bersyukur walaupun banyak halangan dan masalah yang dihadapi, namun dapat juga program ini mencapai objektif nya. Perasmian Pusat Hemodialisis ini secara tidak langsung dapat membantu sekaligus meringankan beban rakyat setempat bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang berkaitan dengannya. Masalah kekurangan tempat rawatan untuk Hemodialisis di Hospital Kemaman dapat diatasi dengan tertubuhnya Pusat Hemodialisis di Teluk Mak Nik.
Pada karnival ini juga banyak pengisian acara yang dibuat antaranya Pemeriksaan Kesihatan, Pameran Kesihatan, Soalan Kuiz Kesihatan, Acara berbasikal, Pelepasan Remaja Bermotor oleh Yang Amat Berhormat MB, Pertandingan Bola Tampar Pantai, dan Pertandingan futsal.